Bagaimana Nak Jual Diri




Bila sembang bab menjual, perkara no 1 mestilah jual diri pada pelanggan. 

Sebelum sesiapa pun nak membeli dari anda atau syarikat anda, mereka pasti terlebih dahulu perlu membeli idea bahawa adalah berbaloi untuk berurusan dengan anda.

Lebih kurang sama macam 'interview' kerja la...jual diri dulu...


Kat sini saya 'share' 6 cara nak jual diri pada pelanggan.


1. Buat kajian sikit

Nak jumpa pelanggan, kaji serba sikit latar belakang mereka. Ikut kesesuaian. Tujuannya supaya anda ada modal untuk mula bersembang. Tahu apa yang patut dan tak patut cakap.


2. Kongsi kisah peribadi

Masa bersembang tu, kongsi la kisah peribadi yang berkaitan dengan produk atau servis yang nak dijual. Pelanggan biasanya lebih mudah tertarik dengan penjual yang ada pengalaman sendiri gunakan produk atau servis.


3. Jangka soalan yang akan ditanya

Sebelum membeli, pelanggan selalunya akan tanya FAQ (frequently ask questions). Penjual perlu khatam siap-siap sebelum ditanya. Jangan sampai terkejut dan terkelu lidah tak tahu nak menjawab. Automatik saham diri anda akan jatuh merudum di mata pelanggan. 


4. Jadilah seorang yang pofessional

Rata-rata pelanggan amat dipengaruhi oleh cinta pandang pertama. Sebelum bertemu mata dengan pelanggan, pastikan rehat dah cukup, berpakaian kemas, keluar awal dan sebaiknya sampai di tempat perjumpaan 10 minit lebih awal.


5. Tanya soalan membina

Jangan sesekali bertanya soalan yang mematikan sembang anda dengan pelanggan. Sebaliknya, tanya soalan  membina supaya pertemuan tersebut menghala ke arah objektif jualan anda. Teruskan langkah demi langkah. Jangan gelojoh. Pelanggan didahulukan, jualan diutamakan.


6. Tutup dengan terbuka

Bunyi lain macam sikit. Tapi sebenarnya ni masuk bahagian akhir perjumpaan dengan pelanggan. Sebelum bersurai, sama ada berlaku jualan atau pun tidak, pastikan jambatan dah terbina. Tinggalkan pelanggan dengan rasa selesa. 'Follow up' segera supaya pelanggan akan rasa anda bersungguh-sungguh mahu membantu selesaikan masalah mereka.