Cara Saya Tingkatkan Kemahiran Menjual



Dunia hari ni, memang tak terkejar bab menjual ni. Sekelip mata ja bercambah pesaing, produk pun lebih kurang ja, sedar-sedar ja dah ke laut..

Tak kira la industri apa pun, apa yang boleh pakai 2, 3 tahun lepas dah expired dah hari ni. Bukan masa lagi dah nak cuba-cuba. Jual atau tak ja ceritanya sekarang ni.

Ni ada sikit yang saya tau macam mana nak tingkatkan kemahiran menjual. Suka hati la nak percaya ka tak.

1. Jelaskan misi anda
Mulakan dengan faham dulu niche bisnes anda tu.
Apa yang anda paling pandai buat?
Siapa yang perlukan kepandaian anda tu?
Macam mana nak approach pelanggan?
Berapa yang pelanggan sanggup bayar?
Kena ada jawapan untuk soalan-soalan ni. Kalau tak memang gelap masa depan.

2. Pecahkan misi anda kepada matlamat-matlamat kecil
Tuliskan (wajib tulis tau!) matlamat harian, mingguan dan tahunan. Matlamat jangka pendek, sederhana dan panjang. Kena ada numbers. Tak boleh main agak-agak ja. Kena tepat! Baru boleh ukur peningkatan tu.

3. Jual pada pelanggan yang perlu
Selalulah ingatkan diri bahawa pelanggan hanya akan beli bila mereka perlu saja. Macam mana nak yakinkan mereka bahawa mereka perlukan produk atau servis kita? Tekankan pada masalah mereka yang dapat diselesaikan oleh produk atau servis kita tu. Kena kreatif la dalam bab ni.

4. Dapatkan dan kekalkan perhatian pelanggan
Marketing yang berkesan, referal, kemahiran menjual yang bagus, dan soalan menduga yang strategik adalah kunci nak dapatkan perhatian pelanggan. Follow up dan customer service pula akan kekalkan perhatian tersebut.

5. Menjual secara bermatlamat
Tahu apa yang perlu dibuat dan mengapa anda buat sesuatu. Siapa yang anda target dan kenapa? Apa yang akan anda cerita dan mengapa? Apa yang nak ditanya dan kenapa? Bila anda nak kunci jualan dan kenapa? Kalau tak cukup yakin, dapatkan tunjuk ajar dan latihan dari yang pakar. 

6. Tanya, dengar dan bertindak
Tiga perkataan ni adalah kunci kejayaan menjual. Soalan anda mesti kreatif, terancang, relevan dan jelas. Kemahiran mendengar pun kena bagus. Baru boleh respond dan bertindak sesuai dengan keperluan pelanggan.

7. Ambil tanggungjawab bukan ambil nama
Sedar bahawa anda adalah pemimpin. Syarikat melihat anda dan usaha anda. Bina Nak bina pasukan yang kuat dan sanggup buat apa saja untuk capai matlamat, perlu bagi penghargaan pada pasukan.

8. Kerjakan perkara asas
Salesman yang legend pun sentiasa ada ruang untuk penambahbaikan. Buat keputusan untuk perbaiki kekurangan, tetapkan matlamat untuk buat perkara yang anda tak selesa.

9. Perbetulkan sikap
Sikap tu boleh dikawal. Takluki ketakutan yang ada. Ubah kepercayaan yang menghadkan kejayaan. Cara berfikir akan kawal komitmen, semangat, kegigihan, ketahanan, kebahagiaan dan keyakinan diri. Hati-hati…putuskan yang mana tidak produktif dan kemudian cuba habis-habisan untuk ubah. Dengan masa dan usaha, akan ada hasilnya.

10. Maksimumkan masa
Fokus pada matlamat. Utamakan perkara yang penting dan perlu disegerakan. Buat jadual. Satu jam yang digunakan secara produktif lebih baik dari sebulan yang dikerjakan secara sambil lewa.