Catatan

3 Kesilapan Besar Dilakukan Oleh Kebanyakan Penjual

Imej
Kebanyakan penjual tidak sedar mereka melakukan kesalahan-kesalahan ini. Jika anda melakukan kesalahan yang membuatkan anda kehilangan jualan, apa yang anda lakukan? Sudah pasti anda akan buat perubahan untuk pastikan ia tidak akan berlaku lagi. Tiada penjual mahu buat kesalahan yang sama berulangkali. Tetapi, mereka tetap mengulanginya kerana mereka tidak sedar kesalahan yang dilakukan. Memang mustahil nak betulkan kesalahan yang tidak disedari. Kenyataannya, kebanyakan penjual melakukan beberapa kesalahan yang sama setiap kali berjumpa pelanggan. Dan ini merupakan kesilapan besar yang menghancurkan jualan mereka. Kesalahan-kesalahan ini biasanya tidak akan disedari   dan majoriti penjual tidak sedar mereka melakukannya.   Bertuah bagi anda, anda sangat hampir untuk mengetahui secara terperinci apakah yang kesilapan besar ini dan bagaimana untuk elakkan diri dari melakukannya dan secara tidak langsung mendominasi pesaing anda. Inilah 3 kesilapan besar ya...

30 Sebab Anda Patut Mula Buat Bisnes

Imej
Sesetengah orang memang dah ditakdirkan untuk jadi usahawan. Dari sekecil-kecil anak dah nampak ciri-ciri P.H.D (Poor, Hungry and Desire for Success). Sanggup buat apa saja untuk capai sesuatu yang diimpikan. Bagi sebahagian yang lain pula, nak mula buat bisnes adalah satu idea yang menakutkan. Tapi, jika anda sedang dalam pertimbangan nak mula berbisnes, ini 30 sebab dan alasan munasabah yang saya kumpul dari pengalaman sendiri dan rakan-rakan seperjuangan yang dah terjun ke dunia bisnes. Nak berkerja secara flexible ikut masa sendiri. Nak ada lebih masa lapang (nanti) . Nak luangkan lebih masa dengan keluarga dan rakan-rakan. Saya buat nanti dalam kurungan tu sebab perkara ni hanya boleh capai lepas bisnes anda dah cukup stabil. Nak hidup ikut peraturan sendiri. Anda yang tentukan sendiri apa yang perlu dibuat. Nak siapkan kerja ikut masa sendiri. Tak suka tergesa-gesa kejar deadline. Menjual ikut cara sendiri. Online? Offline? Ikut keselesaan diri. Nak cipt...

Cara Saya Tingkatkan Kemahiran Menjual

Imej
Dunia hari ni, memang tak terkejar bab menjual ni. Sekelip mata ja bercambah pesaing, produk pun lebih kurang ja, sedar-sedar ja dah ke laut.. Tak kira la industri apa pun, apa yang boleh pakai 2, 3 tahun lepas dah expired dah hari ni. Bukan masa lagi dah nak cuba-cuba. Jual atau tak ja ceritanya sekarang ni. Ni ada sikit yang saya tau macam mana nak tingkatkan kemahiran menjual. Suka hati la nak percaya ka tak. 1. Jelaskan misi anda Mulakan dengan faham dulu niche bisnes anda tu. Apa yang anda paling pandai buat? Siapa yang perlukan kepandaian anda tu? Macam mana nak approach pelanggan? Berapa yang pelanggan sanggup bayar? Kena ada jawapan untuk soalan-soalan ni. Kalau tak memang gelap masa depan. 2. Pecahkan misi anda kepada matlamat-matlamat kecil Tuliskan (wajib tulis tau!) matlamat harian, mingguan dan tahunan. Matlamat jangka pendek, sederhana dan panjang. Kena ada numbers. Tak boleh main agak-agak ja. Kena tepat! Baru boleh ukur peningkatan tu....

5 Tips Jualan Yang Paling Best

Imej
Baru-baru ni, masa tengah lepak dengan kawan-kawan, ada yang tanya tentang karier sebagai salesman dan apa tips menjual yang paling best . Jadinya, saya pun cakap la apa yang saya tahu. 1. Jualan ni bukan tentang apa yang kita cakap; tapi apa yang pelanggan percaya Kita boleh buat present yang terbaik di alam semesta, tapi kalau pelanggan tak percaya, tak guna juga. Ambil masa dulu untuk rapatkan diri dengan pelanggan. Selesakan mereka. Tanya pada pelanggan supaya mereka ceritakan apa yang mereka perlu dan inginkan. Memang betul selalunya pelanggan tak tahu apa yang diinginkan. Jadinya, kita sebagai penjual kena guide . Apa-apa pun, kalau pelanggan tak percaya, tak ke mana juga. 2. Jangan pergi menjual tanpa tahu macam mana nak kunci jualan Kalau tak tau nak ke mana, macam mana nak sampai? Paling banyak mistake yang salesman baru buat adalah tak kunci jualan. Plan dulu. Susun strategi. Baru menjual. Tapi, bukan la bermakna kita akan guna satu jenis ja teknik men...

7 Teknik Direct Selling Nak Jual Apa Pun Boleh

Imej
Kalau orang tu pandai menjual, batu pun dia jual laku. Tu kita panggil kejurujualan yang hebat! Tapi, nak pesan siap-siap. Kemahiran direct selling ni jangan disalahgunakan untuk buat orang beli apa yang tak diperlukan. Lagi-lagi jenis yang dok scam gores dan menang dan seumpamanya…Cukup sekadar buat pelanggan rasa mereka buat keputusan yang tepat. Pujuk elok-elok. Jangan manipulate pelanggan. Contoh paling simple macam orang yang jual pen dari meja ke meja. Pen tu tak dak la hebat kat mana pun. Biasa-biasa ja. Fungsi pun semua orang dah tau, untuk menulis. Antara benda yang susah nak jual sebenarnya. Ibarat jual aiskrim di kutub utara atau jual api dalam neraka. Payah nak laku tu.Hahaha… Sebenarnya, semua orang boleh belajar menjual. Patutnya kena suggest pada kementerian untuk adakan subjek khas. Asyik Membaca, Menulis, Mengira dan Membeli ja..Tu yang hujung bulan poket kempis tu…Ni saya share sikit teknik setakat yang saya reti la. Teknik 1 >>> CKF (...