Cara Nak Atasi Ketakutan Menjual


Tak kisah la anda dah menjual 20 tahun atau 20 minit, ketakutan confirm adalah sebahagian daripada karier anda sebagai penjual. Walaupun ketakutan nak menjual selalunya dilihat sebagai perkara pasti yang akan menyebabkan seseorang gagal dalam bidang jualan, sebenarnya jurujual veteran pun rasa ketakutan yang sama macam jurujual baru. Bezanya cuma jurujual professional ni ada strategi untuk atasi ketakutan tersebut.

Sesungguhnya, kalau anda sedang cuba nak atasi ketakutan anda tu, ketahuilah bahawa anda bukannya berseorangan.

Sedar Bahawa Anda Bukan Keseorangan

Yakin dan percaya bahawa anda adalah satu-satunya manusia di dunia ini yang sedang berdepan dengan ketakutan menjual samalah ertinya seperti percaya bahawa anda seorang sahaja yang perlukan oksigen. Semua orang dalam bidang jualan merasai ketakutan menjual pada tahap yang berbeza. We are all in the same hell, just different levels. Ada yang ketakutannya berkenaan merasa diri tak cukup power nak mengunci jualan untuk capai target. Ada pula yang takut memikirkan layanan buruk pelanggan. Ada juga yang cuba nak atasi ketakutan present depan pelanggan.

Jujur Dengan Diri Sendiri

Kalau ikutkan ahli psikologi, langkah pertama nak atasi sesuatu cabaran adalah terima dulu kewujudan cabaran tu. Selagi anda menafikan ketakutan nak menjual (di level mana pun) anda akan terus-terusan tak dapat nak atasi ketakutan tu. Kalau boleh atasi sekali pun, akan ambil tempoh yang sangat lama.

Berlaku jujur dengan pelanggan adalah elemen penting untuk kejayaan jangka panjang dalam bidang jualan. Dan jujur pada diri sendiri pula adalah elemen penting untuk kepuasan dan keyakinan diri.

Nak mengaku bahawa anda mempunyai ketakutan perlukan anda mencampakkan ego sejauh mungkin. Dengan pengakuan tersebut mungkin akan membuatkan anda nampak cara nak atasi ketakutan menjual tadi.

Susun Atur Ketakutan Anda

Bunyi macam lawak, tapi selalu terjadi. Ketakutan digambarkan lebih besar dari yang sebenarnya. Ramai di kalangan kita yang terlajak takut sampai kita rasa tak mampu nak atasi ketakutan tu.

Tapi, kalau anda ambil masa dan susun atur ketakutan anda, anda akan mula nampak ketakutan yang sebelum ni dirasakan mustahil nak diatasi  sebenarnya lebih mudah dari yang disangkakan.

Kerap terjadi, ‘ketakutan dasar’(utama) akan menimbulkan ‘ketakutan furuk’ (cabang) dalam minda anda. ‘Ketakutan furuk’  bertandang di minda dari masa ke masa dan selalunya berfungsi untuk merasionalkan ‘ketakutan dasar’ anda pada diri sendiri. Apabila anda mula memandang pada ‘ketakutan furuk’ ini secara jujur, anda mungkin akan merasakan ia bukan bahagian yang anda takuti.
3
Hapuskan ‘ketakutan furuk’ ini satu persatu, dan ‘ketakutan dasar’ akan jadi kurang menakutkan.

Buat Apa Yang Anda Takutkan

Yang ni macam kerap sangat dah orang sebut. Bila anda paksa diri buat sesuatu yang anda takut, anda dah buktikan bahawa anda mampu atasi ketakutan itu. Biasa la, kadang-kadang it is all in your mind.

Mempunyai ketakutan yang sihat adalah bagus. Tapi, dalam bidang jualan, tak banyak (kalau ada) yang layak ditakutkan.Dua ketakutan yang paling biasa didengari dalam bidang jualan adalah penolakan pelanggan dan pengucapan awam.

Dalam bidang jualan, penolakan ni sangat rare sebenarnya. Mungkin ada yang tak setuju dengan statement saya ni disebabkan wujudnya banyak jualan yang tak berjaya dikunci. Ramai menganggap bahawa tidak berjaya mengunci jualan adalah penolakan. Realitinya, kegagalan kita mengunci jualan hanya membawa maksud pelanggan tersebut memilih penyelesaian yang lain, bukannya menolak diri anda keseluruhannya.  Amat besar jurang antara tidak memilih anda dan menolak anda keseluruhannya.

Bagi pengucapan awam pula, terlalu banyak sumber yang dapat bantu anda untuk atasi ketakutan tersebut. Yang terbaik adalah pendekatan ‘bermula’. Lemparkan diri anda ke dalam situasi yang perlukan anda untuk berucap di hadapan orang lain. Bermula kecil, bermula betul. Mulakan dengan 2, 3 orang dan apabila semakin selesa, kembangkan bilangan tersebut secara berperingkat. Tak lama lepas tu okay la nak cakap atas pentas dalam dewan besar sekalipun.