Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Mengapa Bakal Pelanggan Tak Akan Beli Produk Anda

Mengapa Bakal Pelanggan Tak Akan Beli Produk Anda

Imej
Nak buat keputusan sama ada nak beli atau pun tak produk anda tu, ada perang dunia yang bergolak dalam minda bakal pelanggan anda. Ni saya share cara nak menang perang tu. Syarikat dah sediakan produk yang terbaik di dunia. Mesti la kan? Kalau tak, takkan la anda nak bersungguh jual. Siang malam menjual sepenuh hati jiwa dan raga nak kembangkan bisnes anda. Jadinya,   kenapa la akhirnya tak tercapai-capai juga matlamat jualan anda? Apa kena pelanggan ni tak beli-beli juga? Dalam banyak-banyak soalan, yang terakhir tu antara yang paling leceh nak jawab. Produk dah bagus, sistem jualan dah hebat, bahan marketing dah power, harga pun berpatutan, tapi hasil jualan suam-suam kuku juga. Tak masuk akal betul. Apa yang tak kena? Haa, jawapan yang pasti ada dalam kepala pelanggan. Dan terpulanglah pada anda nak korek sampai jumpa. Saya terangkan sikit, Keputusan pelanggan anda sama ada untuk beli atau tak produk anda tu, keputusan yan...