3 Teknik Mengunci Jualan dan Mengapa Ia Berkesan
Mengunci jualan adalah saat yang paling mendebarkan dalam proses menjual. Ia adalah penentu sama ada usaha anda membuahkan hasil atau pun belum. Memang sangat normal untuk rasa bimbang bila sampai detik-detik nak mengunci jualan. Lebih-lebih lagi pada yang baru bermula melakukan jualan. Tapi, kebimbangan tu la yang seronoknya buat jualan ni. Kebanyakan penjual memang suka cabaran mendebarkan macam ni. Disebabkan jurujual profesional sentiasa mengharapkan nisbah kutipan jualan yang tinggi berbanding usaha yang dilakukan, pelbagai teknik mengunci jualan telah dicipta bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Kali ni saya kongsikan beberapa teknik mengunci jualan yang telah dibuktikan keberkesanannya dan mengapa ianya sangat berkesan. 3 Teknik Mengunci Jualan Yang berkesan Teknik Mengunci Jualan Tradisional Teknik mengunci jualan tradisional biasanya menggunakan beberapa helah psikologi yang dicipta untuk menghasilkan dorongan akhir. Ini dua helah psikologi yang biasa d...