Bagaimana Nak Jual Diri
Bila sembang bab menjual, perkara no 1 mestilah jual diri pada pelanggan. Sebelum sesiapa pun nak membeli dari anda atau syarikat anda, mereka pasti terlebih dahulu perlu membeli idea bahawa adalah berbaloi untuk berurusan dengan anda. Lebih kurang sama macam 'interview' kerja la...jual diri dulu... Kat sini saya 'share' 6 cara nak jual diri pada pelanggan. 1. Buat kajian sikit Nak jumpa pelanggan, kaji serba sikit latar belakang mereka. Ikut kesesuaian. Tujuannya supaya anda ada modal untuk mula bersembang. Tahu apa yang patut dan tak patut cakap. 2. Kongsi kisah peribadi Masa bersembang tu, kongsi la kisah peribadi yang berkaitan dengan produk atau servis yang nak dijual. Pelanggan biasanya lebih mudah tertarik dengan penjual yang ada pengalaman sendiri gunakan produk atau servis. 3. Jangka soalan yang akan ditanya Sebelum membeli, pelanggan selalunya akan tanya FAQ (frequently ask questions). Penjual perlu khatam siap-siap sebelum ditanya. Jangan sampai t...