Cara Nak Tangani 6 Bantahan Yang Biasa Kita Terima Dari Pelanggan
Apa bantahan yang pelanggan anda bagi dan macam mana anda handle?
Anda pasti fikir, “Haish…Pelanggan saya mana ada bantahan!”
Haa.. ya la tu…
Anda yang tak tahu sebab mereka jalan terus lepas tengok
produk anda tanpa membeli.
Rezeki anda, kali ni saya nak kongsi cara untuk handle 6 bantahan yang biasa pelanggan
bagi.
BANTAHAN = KETAKUTAN
Pertama sekali, biar jelas dulu – bantahan untuk membeli
adalah ketakutan.
Takut mereka akan kerugian, kehilangan duit, membazir beli
produk yang tak berkesan. Takut orang sekeliling kata mereka gila sebab bayar
terlalu mahal. Takut servis anda tak membantu. Takut mereka tak pandai nak guna
produk tersebut. Takut anda tak bagi balik duit kalau mereka tak puas hati.
Macam-macam takut lagi la…
Bila kita sebagai pengguna pun, ada ja bantahan yang sama.
Tak kira la produk atau servis apa pun kita nak beli. Tak kira la besar atau
kecil nilainya. Tak kira di mana ssekali pun kita membeli.
Tahu kaitan antara bantahan-bantahan ni dengan produk atau
servis yang anda jual akan banyak membantu anda untuk handle terlebih dahulu sebelum dilemparkan oleh pelanggan pada
anda.
1. KOS
Kos adalah isu utama dalam setiap pembelian.
Jadi, apa yang boleh anda buat untuk mudahkan pelanggan?
Jangan sampai buang harga sebab desperate
nak buat jualan dah la.
Penyelesaian:
- Tawarkan plan pembayaran
- Tunjukkan nilai produk anda berbanding yang lain
- Buat pakej tawaran supaya pelanggan dapat lebih nilai dari pembelian mereka
2. MASA
Kadang-kadang, pelanggan macam nak beli tapi rasa macam tak
cukup masa nak guna, bina, pasang produk anda tu.
Penyelesaian:
- Bagi gambaran yang jelas tentang masa yang diperlukan untuk pelanggan dapatkan hasil yang diharapkan
- Jelaskan tentang masa yang diperlukan untuk pasang atau guna produk anda
- Bandingkan dengan produk lain yang sama waktu dengannya
3. PENJAGAAN
Lepas pelanggan beli, akan ada satu perasaan di mana dalam
jangka masa panjang mereka rasa leceh nak jaga, maintain, cuci, atau baiki produk yang anda jual.
Penyelesaian:
- Bagi sekali arahan yang jelas untuk penjagaan produk tu dengan setiap pembelian
- Tawarkan khidmat servis secara percuma atau pada kadar yang berpatutan
- Alih fokus pelanggan pada nilai wang dan masa. Jimat wang atau masa atau kedua-duanya dengan pembelian tersebut
4. CARA NAK GUNA
Anda mungkin akan rasa produk anda sangat senang untuk
digunakan sebab anda dah pakar dengan produk tu. Tapi ramai yang rasa macam
tiga suku ja tiap kali nak guna produk yang tak biasa digunakan. Kalau
pelanggan rasa susah nak guna, mereka takkan beli.
Penyelesaian:
- Buat dan share video cara nak guna produk anda
- Maklumkan pada mereka apa yang perlu tahu sebelum guna produk tersebut
- Bantu pelanggan yang perlukan bantuan
5. SOKONGAN
Adakalanya, pelanggan malas nak membeli sebab mereka rasa
bila dah dapat produk, penjual akan hilang. Tinggallah mereka
terkontang-kanting kebuntuan bila produk tu bermasalah.
Penyelesaian:
- Tawarkan bantuan yang berterusan
- Follow up dari masa ke masa
- Sediakan nombor untuk dihubungi apabila pelanggan ada masalah atau soalan
6. KEPUASAN
Di sebalik ketakutan pelanggan nak membeli sesuatu produk, ada satu syak
wasangka di mana mereka bimbang pembelian tersebut tidak akan memuaskan hati
mereka, selesaikan masalah mereka, atau produk itu akan hasilkan sesuatu yang
mereka harapkan.
Penyelesaian:
- Bagi jaminan wang dikembalikan
- Nyatakan polisi pengembalian dengan jelas dan mudah
- Bagi tawaran tempoh percubaan
- Tawarkan bantuan jika pelanggan tidak berpuas hati
6 bantahan yang saya kongsikan ni dah cover kebanyakan bantahan yang pelanggan ada sebelum beli produk
atau servis anda.
Tapi ada juga bantahan tertentu yang rare dan specific untuk
pelanggan tertentu saja. Apa bantahan tu dan macam mana nak tahu?
Kalau anda tak pasti apa bantahan yang bermain di fikiran pelanggan,
tanya terus!
Buat survey, post kat FB, atau pun cara untuk dapat feedback dari pelanggan.
Bila dah faham bantahan, tibalah masanya untuk...
SAMPAIKAN PENYELESAIAN ANDA
Langkah seterusnya adalah sampaikan pada pelanggan anda macam mana
produk dan servis anda dapat mengatasi segala bantahan yang bermain di fikiran,
tenangkan segala kebimbangan, dan kurangkan ketakutan mereka.
Anda boleh buat perkara ni dengan mudah dalam banyak cara dan tempat.
