Catatan

Menjual Lebih Banyak Tahun Depan Tanpa Menjual – 2 Panduan Mudah dan 1 Senjata Rahsia

Imej
Kita selalu dengar orang suka membeli tapi tak suka orang menjual. Kerja dalam bidang sales ni selalu dipandang hina kurang menyenangkan. Tapi bila masuk bab membeli, semua orang suka. Segala benda nak dibeli. Sebagai orang yang cari makan dengan menjual, kita selalu dihimpit dengan dilema ni: Nak bagi orang buat perkara yang mereka suka (membeli)…tanpa mereka sedar apa yang kita buat. Sebenarnya, pemikiran macam ni yang buat kita rasa menjual adalah kerja yang susah dan akan buat orang tak suka kita. Menjual bukannya buat supaya pelanggan beli Bila kita kata orang tak suka dijualkan sesuatu kepadanya, maksudnya mereka tak suka ditipu, di- manipute , dibuat supaya tertekan, dan segala macam situasi yang mengelakkan mereka daripada buat keputusan sendiri dalam tempoh yang mereka inginkan. Ini yang akan selalu lintas di fikiran orang ramai bila sebut tentang sales. Lagi haru, ada salesman sendiri pun berfikiran macam ni, lebih-lebih lagi bila sedang terte...

Cara Nak Tangani 6 Bantahan Yang Biasa Kita Terima Dari Pelanggan

Imej
Apa bantahan yang pelanggan anda bagi dan macam mana anda handle ? Anda pasti fikir, “Haish…Pelanggan saya mana ada bantahan!” Haa.. ya la tu… Anda yang tak tahu sebab mereka jalan terus lepas tengok produk anda tanpa membeli. Rezeki anda, kali ni saya nak kongsi cara untuk handle 6 bantahan yang biasa pelanggan bagi. BANTAHAN = KETAKUTAN Pertama sekali, biar jelas dulu – bantahan untuk membeli adalah ketakutan . Takut mereka akan kerugian, kehilangan duit, membazir beli produk yang tak berkesan. Takut orang sekeliling kata mereka gila sebab bayar terlalu mahal. Takut servis anda tak membantu. Takut mereka tak pandai nak guna produk tersebut. Takut anda tak bagi balik duit kalau mereka tak puas hati. Macam-macam takut lagi la… Bila kita sebagai pengguna pun, ada ja bantahan yang sama. Tak kira la produk atau servis apa pun kita nak beli. Tak kira la besar atau kecil nilainya. Tak kira di mana ssekali pun kita membeli. ...

Cara Nak Atasi Ketakutan Menjual

Imej
Tak kisah la anda dah menjual 20 tahun atau 20 minit, ketakutan confirm adalah sebahagian daripada karier anda sebagai penjual. Walaupun ketakutan nak menjual selalunya dilihat sebagai perkara pasti yang akan menyebabkan seseorang gagal dalam bidang jualan, sebenarnya jurujual veteran pun rasa ketakutan yang sama macam jurujual baru. Bezanya cuma jurujual professional ni ada strategi untuk atasi ketakutan tersebut. Sesungguhnya, kalau anda sedang cuba nak atasi ketakutan anda tu, ketahuilah bahawa anda bukannya berseorangan. Sedar Bahawa Anda Bukan Keseorangan Yakin dan percaya bahawa anda adalah satu-satunya manusia di dunia ini yang sedang berdepan dengan ketakutan menjual samalah ertinya seperti percaya bahawa anda seorang sahaja yang perlukan oksigen. Semua orang dalam bidang jualan merasai ketakutan menjual pada tahap yang berbeza. We are all in the same hell, just different levels . Ada yang ketakutannya berkenaan merasa diri tak cukup power nak mengunci jualan...